home | secretarys' desk | creative inspiration | window to the world
you are here >> home >> window to the world home >> US delight

Situasi selepas serangan ke atas US


Hmm... nak tau ape perasaan kitorang kat sinih...Masa hari peristiwa itu berlaku, kitorang semua pergigi kelas macam biasa, aku pergi class Advance Stats kat Central Campus which is jauh dari bilik aku, kena naik bas uni. Masa balik bilik balik kul 11.30, aku dengar CD player aku, naik bas lagi. Di sebalik ear phone aku, aku dengar la kecoh- kecoh atas bas "ohh class cancelled" and aku ade terdengar gak perkataan "bomb threats" !. Aku relaks sahaja sebab kelas aku for the rest of the day semua di Engineering Campus, tidak kisah apa yang terjadi kat Central Campus. Aku perasaan juga org usha usha aku semacam, tapi aku ingat sebab freshman banyak yang ambil kelas kat Central, diorang mmg tak biasa tgk org pakai tudung kot.Bila dah nak sampai kat bilik, aku turun bas ngan Yus ngan Hairi, diorang condemn aku sebab aku sengih-sengih. Diorang beritahu aku pasal bomb threats tuh against Muslim, masjid kat ngan U nih dah tutup and diorang tak kasik aku pergi kelas. Pastuh sampai kat depan bilik, Hafiz pulak kecoh kecoh "World Trade Centre dah hanco "... aku pula fikir PWTC ker..? Takde idea langsung kewujudan twin tower WTC tuhs... pastu buka CNN, tajuknya America under attack. Memang rase horror gile, dah ler diorang target Osama Laden. Hafiz cakap kat luar banyak orang menangis dengan penuh emosi (deaths of family kot), so jangan keluar bilik langsung. Orang emosi kang ngamuk tak pepasal lak.

Pastu girls semua call aku, mesej aku sebab biasa aku memang orang last sekali yang tidak tau berita. MARA email semua girls pakai tudung supaya jangan keluar. Masa tuh rase marah sungguh, because for sure yg kena tuduh org Islam la kan. Tapi Tom Clancy best, die kata ini bukan kerje org Islam sebab terrorism is not in their religion. Pastu die kata kalau orang yg buat itu Islam sekalipun, die buat mende nih bukan sebab religious beliefs tapi sebab he's a fool. Lebeh kurang 2-3 orang je backing Islam kat CNN tuhs. And it didn't help matters when CNN tayangkan orang2 Palestine sorak sorak gembira sebab WTC hanco. Aku faham la kenapa diorang happy, tapi cuba la fikir ape american thinks of Muslims now.

Sebab klas semua kansel, aku masuk irc. Masuk #ex-mrsm topik die "Hidup OSama LAden" . Aku tak tau apasal aku rasa marah sangat. Kitorang kat sini semua setuju KALAU Osama Laden yg buat, memang kalau ade can nak sekeh-sekeh dia. Islam ajar ke serang innocent people bila diorang tak ready ? Aku rase kalau nak perang pun kena la adil, nih memang cowardly act to the max. Lepas tu kat channel tu pula malaysian happy sebab america kena attack.. which aku tak faham, diorang tak tgk berita ker? maybe CNN kat sini graphical gile sampai aku pun sedih. Ramai2 orang terjun bangunan dari tingkat atas sebab takut bangunan tu runtuh. Pastu itula, certain2 orang kat mesia, kat #ex-mrsm happy. Aku nak je tau what the Hell the US did to them ? sampai nak anti-US sangat. Tak boleh ker sedih sikit for all the innocent lives terkorban macam itu ajer. Dah le diorang tatau perkara sebenar yg berlaku pastu nak chat kat channel macam orang bagus.

Aku mmg sakit hati sangat hari ituh masuk # tu, so aku masuk channel chat general. Diorang sedang kutuk2 muslim. Diorang kata walaupun kalau bukan Muslim yang buat, tapi gambaran orang Palestine sorak-sorak tuh memang contrast dengan org sedih2 kat NY. anyway, I think semua budak kat US semua memang dapat rasakan kejadian ini effect diorang. Maybe girls pakai tudung lagi kot. Aku kurang sikit cuak, sebab Michigan ramai international student, and kitorang memang diverse so americans kat sini buleh fikir rasional sket. Kawan aku citer MSD (Malaysian Student Dept) kat Long Angeles suruh diorang jangan pakai jubah/baju kurung dan buka tudung. And nih aku tengah chat skang ngan member aku :-


Pr0f Anas: kau ade dengar citer pasal budak pompuan pet sorang kena harrass?

Pr0f Anas: pastu mamat kat petronas tu suruh budak pompuan bukak tudung kalau takut kena harrass

eLLy505: kat mane budak tuhs?

Pr0f Anas: entah.... kat us la... bebudak pet tau la citer ni... diorang dapat dlm mailing list

Pr0f Anas: identity minah tu dirahsiakan

Kat michigan takde lagi org suh bukak tudung, cuma ade yg cadangankan buka hijab ajer la..


Hari ini hari jumaat, Hafiz cakap die gi sembahyang Jumaat. President Uni, pergi masjid, polis semua jaga keliling. Tak buleh bawak beg masuk masjid. Aku rasa diorang nak jaga orang muslim dari kena attack. So aku rasaselamat dok kat Ann Arbor nih. Org2 yg gali mayat kat NY, diorang nak make sure mane mayat org Hindu, Buddist, Islam supaya dapat ditanam mengikit religions
masing masing. Kerana itular aku sungguh tak faham kenapa org2 kat Malaysia mostly (not ALL) nak sangat jadik anti-american.

oraits aa...tuh je citer yg aku nak citer.... Airports belum buka lagi.. and aku ade banyak homework..Aku harap korang semua faham tentang apa yang berlaku di sini, dan ambil pengajaran daripadanya. DI dunia ini tiada yang hitam, tiada yang putih sepenuhnya. Amerika, sejahat manapun mereka, adalah tidak adil bagi kita untuk menilainya. Sekian..

Aliana Wirda Abdul Patah
Uni of Michigan
United States of America

 

 

 

 

 
Window nav..
>> Gallery